"If good things lasted forever, would we appreciate how precious they are?"
Hobbes


"I liked things better when I didn't understand them."
Calvin


"Sometimes when I'm talking, my words can't keep up with my thoughts. I wonder why we think faster than we speak."
Calvin


"Probably so we can think twice. "
Hobbes

:: 3.2.09 ::

~ KERANDA 152 ~ USMAN AWANG 1967

Tempahan T-Shirt KERANDA 152 (BACA SAMPAI HABIS UTK SEJARAH KERANDA 152)

Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh akhir tempahan CETAKAN KE-DUA t-shirt KERANDA 152 kepada  15 Februari 2009 di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.

Informasi t-shirt :
  • Saiz XS, S, M, L dan XL.
  • Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
  • T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.

T-shirt warna putih
  • Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
  • Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

T-shirt warna hitam
  • Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
  • Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Kos biaya hantar
  • RM 5.00 (semenanjung Malaysia)

Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009




KERANDA 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu


Usman Awang (1967)



Puisi tulisan Usman Awang ini akan diabadikan di atas kemeja T oleh rakan kita, lanterajiwa. Saya syorkan semua pengunjung blog ini supaya memesan kemeja T ini dari blog lanterajiwa.

3 Mac ini genaplah 42 tahun peristiwa mengusung Keranda 152 oleh pejuang bahasa Melayu di tahun 1967.

Tahun 2001 menyaksikan apa yang disuarakan dan ditentang oleh pejuang bahasa di tahun 1967 menjadi kenyataan. Keranda 152 bagai sudah dipaku rapat dan sedia untuk dikambus apabila bahasa Melayu diketepikan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Penghujung tahun 2008 mula kelihatan riak-riak pejuang bahasa sudah mula bersuara. Selama ini ramai tokoh bahasa Melayu yang tenggelam dalam dunia sendiri. Seronok sendiri berhimpun membaca puisi yang tidak didengar orang. Sibuk mencari Melayu di Afrika hingga lupakan nasib Melayu di tanah sendiri. Tambah seronok bila ada yang diberi gelar pendita, lalu khusyuk membilang biji tasbih dan lupa untuk mengambil peranan dalam masyarakat. Saat menjelang pilihanraya 2008 yang sepatutnya menjadi medan dan peluang paling penting untuk melobi sokongan kepada perjuangan mengangkat bahasa Melayu telah berlalu begitu sahaja.

Adakah tahun 2009 akan memahat sejarah sebagai titik perubahan ke arah usaha mengembalikan bahasa Melayu ke tempat asalnya?

Samad Said: Jika demo gagal, undi protes PPSMI

Sejarah Keranda 152


Keranda 152 Bahasa Kita Air Mata & Maruah Kita
Persatuan Linguistik Malaysia 2002
Cetakan Pertama 1968
108 mukasurat
dibeli dari ujanailmu 23 April, 2007

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Pejuang bahasa sebelum merdeka adalah juga pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan. Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya.

Buku Keranda 152, Bahasa kita, Air Mata & Maruah Kita, adalah sebuah buku yang sudah lama saya cari. Ianya merupakan buku yang diterbitkan semula oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 2002. Buku asalnya berupa himpunan tulisan berbentuk stensilan pada tahun 1968. Ianya berupa cetusan hati untuk memperingati ulangtahun peristiwa penentangan terhadap Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967). Buku ini menceritakan detik detik peristiwa penentangan yang berlaku pada 3 Mac, 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa & Pustaka.

Apa sebenarnya Keranda 152? Ianya merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.

Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai sesatunya Bhasa rasmi telah tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan manasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Apa yang berlaku pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.

Apa gunanya merdeka, jika bahasa anak pribumi dianggap sebagai bahasa kelas ketiga dan tidak layak diguna di negara sendiri? Adakah tempoh 10 tahun masih tidak cukup untuk setiap rakyat memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Inilah yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dalam tahun 1967. Mereka berasa bagai dikhianati oleh para pemimpin yang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat 3 Mac, 1967.

Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik. Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu;

"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."

Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.

Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. selepas peristiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.

Tahun ini genap 40 tahun Peristiwa Keranda 152. Ramai yang mungkin lupa, tak tahu atau buat-buat lupa. 40 tahun Keranda 152 dan 50 tahun merdeka adalah saat yang mungkin sesuai untuk bermuhasabah dan menyoal diri...

Di manakah Bahasa Melayu?

Masih di dalam keranda?



Comments: Post a Comment

:: ummum's ::
:: bicara sendiri ::


"jalanraya terlampau sunyi, untukku terus bermimpi"
-butterfingers, KEMBALI-

"we who are not as others"
-sepultura-

"lost souls swimming in a fish bowl"
-pink floyd-

------------------------


:: aku..~ ::

"life is like a cup of coffee
dont care so much about the cup
just enjoy the coffee" :D~

"andai roboh kota melaka
papan di jawa kami dirikan
andai sungguh bagai dikata
badan dan nyawa kami serahkan"

:: before this ::

~ PEMBERITAHUAN : Al-Fatihah ~
~ sesi istana budaya : butterfingers PART 1 ~
~ 1000+
~ hari ini hari mulia ~
~ i'm 19 years old ~
~ George Galloway | 2005 speech | Seattle
~ butterfingers | sesi istana budaya
~ WAKE UP CALL!!
~ Peace, Propaganda & the Promised Land: Media & The...
~ Sesi Istana Budaya Butterfingers (updates)
~ MAIN PAGE


:: ancient texts ::

03.04 04.04 05.04 06.04 07.04 08.04 09.04 10.04 12.04 01.05 02.05 03.05 04.05 05.05 06.05 07.05 08.05 09.05 03.06 04.06 05.06 07.06 08.06 10.06 11.06 12.06 01.07 03.07 11.07 12.07 07.08 08.08 09.08 10.08 11.08 12.08 01.09 02.09


:: just click ::

~ cekak hanafi usj
~ Muslim Texts n load ISLAM
~ Quran Explorer(*)
~ MALAYSIAKINI
~ on YouTube
~ on Facebook
~ on Friendster
~ google news
~ butterfingers butterworld n royalbutter
~ rage against d machine!


:: friend's blurbs ::

~ daybab's blog
~ kepuakaan ann
~ along's thoughts
~ yasmin d storyteller part 2
~ awgs a.k.a amista
~ temi's blog
~ romano's mutiara
~ calcatoo
~ tuan tapai's
~ shamamia's
~ nad's blog
~ minah's bebel
~ jepon's blog
~ alif ya wau's

------------------------




:: best viewed in google CHROME.. ::

:: best resolution (1280x1024) ::




[bare your soul-box]
do write.. thank you..







 

Powered by Blogger 

poster

The world is my expense
The cost of my desire
Jesus blessed me with its future
And I protect it with fire
So raise your fists
And march around
Just don't take what you need
I'll jail and bury those committed
And smother the rest in greed
Crawl with me into tomorrow
Or I'll drag you to your grave
I'm deep inside your children
They'll betray you in my name

Hey, hey
Sleep now in the fire

The lie is my expense
The scope of my desire
The party blessed me with its future
And I protect it with fire
I am the Nina The Pinta The Santa Maria
The noose and the rapist
The fields overseer
The agent of orange
The priests of Hiroshima
The cost of my desire
To Sleep now in the fire!

sleep now in the fire
-rage against the machine